April 27, 2007

Peluang bisnes dengan kemunculan online shopping/online auction

Seperti yang dituliskan tempohari, sistem jual beli di internet banyak membantu proses perniagaan tidak kira perniagaan secara kecil-kecilan juga besar-besaran. Malah pembeli yang membeli barangan melalui internet juga dapat membuat pilihan dengan bijaksana kerana begitu banyak pilihan yang ada tertera tanpa perlu bergerak membuat survey dari satu kedai ke satu kedai; semuanya di depan mata dan klik-klik sahaja.

secara tidak lansung kemunculan online shopping/aution telah membuka 2 3 peluang perniagaan tanpa kita sedari. Tidak memerlukan modal yang banyak cuma memerlukan kekreatifan dalam menguruskan perniagaan tersebut. Antaranya ialah :-

i- kedai pembungkusan/packaging
menyediakan khidmat-khidmat pembungkusan untuk kedai-kedai online. Tidak hanya kotak, termasuk juga plastik pembungkus, pek keselamatan (sesuai untuk produk mudah pecah), kertas pembalut hadiah, polisterina (untuk bahan basah seperti sayuran, ikan, daging), kain pembungkus dan juga bekas hiasan.

ii- kedai khidmat penghantaran
ambil sahaja mat-mat rempit sebagai pekerja anda kerana mereka cepat dan pantas. Harga yang murah dan servis yang bagus untuk pelanggan (khidmat mesra pelanggan) boleh menjadi titik saing dengan syarikat khidmat penghantaran yang lain. Sesuai untuk kawasan besar seperti Lembah Klang, Johor, Ipoh dan Alor Star.

iii- tempat penghantaran
sewa tempat perniagaan dan letakkan peti surat/locker di dalamnya dan sewa kan mereka. Sasaran anda ialah mereka yang kerap membeli barang secara online dan tidak mahu orang dalam rumah mengetahui ataupun tertanya (mungkin barangan yang dibeli adalah barangan yang agak memalukan) tentang barangan yang dibeli juga mereka yang tidak mahu kediaman mereka diketahui umum (seperti artis dan orang kenamaan). Jadi, barangan yang mereka beli akan dialamatkan ke peti surat/locker yang anda sewakan.

iv- sistem pembayaran
menjadi pihak ketiga (third party) dalam memperkenalkan cara pembayaran di internet (seperti paypal). Di Jepun, anda boleh membayar apabila barang pesanan anda sampai di depan pintu anda!