April 26, 2007

Kurangkan Kos Tambahkan Keuntungan

Penting dalam mengurangkan kos bahan keperluan/stock bagi menambahkan hasil keuntungan yang banyak. Sebagai pengusaha gerai makanan, masalah ini kerap timbul ketika membeli bahan-bahan mentah. Jadi, apakah antara cara yang sesuai untuk mengurangkan kos ..?
  1. Berunding dengan pembekal (masalah pada kuantiti)
  2. Memotong harga pembekal (akan timbul masalah untuk kali seterusnya)
  3. Menambah pembekal dari 1 ke 2..
Walaupun kita tahu kuasa banyak terletak pada kita sebagai pembeli, tetapi seringkali timbul masalah daripada pembekal. Lebih-lebih lagi masalah bukan berpunca daripada syarikat pembekal tetapi individu yang perunding tersebut. Jadi, apakah caranya bagi mengelakkan kos yang melampau dan menambah keuntungan? Caranya ialah dengan..

"membeli secara berkumpulan/membentuk pertubuhan bersama"

Dengan cara mempelawa 5 ke 10 pengusaha perniagaan yang sama di kawasan berdekatan dan sama-sama membeli/memborong barang dengan satu bil. Adakan mesyuarat sekali sebulan dan jemput 2, 3 pembekal untuk sama-sama hadir. Pembekal tentu sekali akan berlumba-lumba untuk mengurangkan harga barang. Tambahan pula, kuantiti barang pesanan akan meningkat dan hasilnya kos akan semakin berkurangan.