April 24, 2007

Kuasa auction/lelong

Kehadiran online auction banyak membuka peluang perniagaan, apatah lagi sistem niaga menjadi sangat mudah; tidak memerlukan lesen, tempat mahupun modal perniagaan yang banyak. Melibatkan anda seorang individu dan seorang individu yang lain. Hanya memerlukan sebuah pc dan internet connection. Malah bukan penjual, tetapi pembeli yang meletakkan harga untuk barang jualan (tentu sekali mereka yang menawarkan harga paling tinggi dapat memiliki barang jualan anda). Dan tentu sekali dalam sistem ini mementingkan sikap saling mempercayai dan etika yang tinggi.

Apa sahaja buleh diletakkan sebagai barang auction. Dari sekecil nat ataupun paku hingga sebesar rumah ataupun tanah. Selain mencari barang murah ataupun terpakai (second hand), online auction menjadi ruang untuk pembeli mencari barangan rare yang sukar dicari dan dimiliki. Misalnya, jam tangan edisi terhad, tiket konsert yang sudah habis dijual, kertas/buku/foto/t-shirt yang bersainkan artis ternama, pakaian dalam artis terkenal, video lucah ataupun gambar seksi pelajar perempuan dan guru wanita di sekolah anda! Setiap manusia mempunyai kesukaan dan kegilaan masing-masing dan mereka sanggup membayar seberapa banyak untuk memuaskan hati mereka.

Bukan itu sahaja, tidak sekadar item ataupun objek anda buleh meng-auction-kan perkhidmatan anda, informasi sulit (individu ataupun syarikat) maklumat rahsia kerajaan atau badan swasta/NGO, ilmu ataupun pelajaran tentang sesuatu. Ada juga yang menjadikan diri sendiri sebagai bahan auction; untuk menjadi teman dating di hujung minggu juga ke hari-hari occassion penting seperti majlis perkahwinan, Valentine's Day, Christmas Eve ataupun sebagai teman wanita/lelaki palsu untuk menyakitkan hati teman wanita/lelaki sekarang. Di luar negara pula mereka terpaksa berauction untuk melanggani pelacur yang mereka inginkan.

Sayangnya, laman-laman web auction di Malaysia masih banyak kekurangan seperti sistem pembayaran, sekuriti, privacy, kepercayaan dan lain-lain lagi. Tidakkah ini peluang business untuk anda yang bijak web proggramming mencipta laman web auction (dalam bahasa Malaysia mungkin sekali) yang sesuai dan paling ideal untuk rakyat Malaysia? Tidak perlu membazir pengetahuan dan masa anda untuk membina web portal atau forum yang tidak mendatangkan apa-apa hasil untuk anda. Apa sahaja yang ada pada diri anda (mungkin juga buah pinggang anda) buleh dijadikan bahan jualan dan letak di online auction, anda pasti ketemu pembeli anda.

Antara web online auction di Malaysia ialah :
  • Lelong : http://www.lelong.com.my
  • 9octopus : http://www.9octopus.com
  • ebay Malaysia : http://www.ebay.com.my
Manakala antara website auction yang terkenal di Jepun :
  • Yahoo! Japan auction : http://auctions.yahoo.co.jp
  • Rakuten auction : http://auction.rakuten.co.jp
  • Bidders : http://www.bidders.co.jp/auction
  • Wanted : http://www.auction.co.jp
Yang popular dan sering di gunakan di Amerika pula ialah :
  • eBay
  • eBid
  • Yahoo! auction
  • Amazon


0 Comments:

Post a Comment

<< Home