April 25, 2007

Konsep Emas, Perak dan Gangsa

Salah seorang pelanggan saya, sekarang berniaga bunga ( retail flourist ).
Sebelum menjalankan perniagaan ini, beliau cuma seorang pekerja makan gaji seperti orang biasa lain yang lansung tiada apa-apa kaitan dengan bunga. Dan dia berjaya dalam perniagaannya.

Melihat kejayaan perniagaan ini membuatkan saya terfikir bagaimana dia menjadikan bunga; hasil semulajadi yang simple kepada suatu bahan yang menarik dan laku untuk dijual. Jadi, soalan saya kepada dia..

" Semasa menjual bunga-bunga ini, apa teknik atau rahsia yang digunakan ? "

Jawab beliau, tiada apa-apa rahsia juga teknik yang digunakan. Cuma mengamalkan konsep emas, perak dan gangsa; yang mana bahan jualan dibahagikan dan ditayangkan/dipamerkan/diperkenalkan kepada 3 itu, kemudian bahan jualan yang paling ingin dijual (bahan paling laris dan mendatangkan keuntungan paling tinggi) diletakkan dan dipamerkan sebagai 'emas' kepada pelanggan.

Contohnya, katakan pada hari gaji/bonus kita mahu belanja girlfriend ke high-class restaurant. Dalam menu tertulis 3 kos/pakej hidangan; hidangan berharga RM 25 (gangsa), RM 75 (emas) dan RM 50 (perak). Jadi, yang mana satu mudah untuk dipilih? Berdasarkan pengalaman dan cerita beliau, 90% pelanggan akan memilih kos hidangan RM 75 (emas) katanya. Apabila ditanya pelanggan, "Apa special hari ini? atau Apa recomendation awak hari ini?", dan dijawab pakej hidangan RM 75 adalah yang paling popular dan digemari, 90% pelanggan akan memilih pakej emas tersebut.

Kesimpulannya, ketika menjual barang, kita tidak hanya bergantung kepada satu produk jualan sahaja tetapi perkenalkan sekurang-kurangnya 3. Ini memberikan kepuasan kepada pelanggan untuk memilih dan produk jualan lebih mudah untuk dijual.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home